Assalamualikum w.b.t..

Mungkin bukan sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Namun, pada entri kali ini, saya ingin sekali berdiskusi mengenai islah dalam diri. Islah secara kasarnya disebut ‘baiki’. Atau lebih nice disebut pembaikan terhadap diri. Mengapa perlu dibaiki? Persoalan itu perlu ditanya pada diri sendiri. 

Setelah membaca novel Versus hasil karya daripada Hlovate, saya rasa ada something yang perlu dibaiki dalam diri. Bagi saya Versus adalah sebuah karya yang begitu berkesan bagi seseorang yang banyak melakukan dosa tapi ingin berubah menjadi baik. Amat sesuai untuk remaja yang ingin mulakan hidup mereka. But how they define the ‘baik’? we’ll discuss about it

Kita sama-sama kongsikan ilmu yang ada dalam novel ini untuk sama-sama kita change our life be a better person. Saya syorkan bagi anda yang belum baca novel ini, baca dan hayatilah jika anda juga mahu berubah.



Pengislahan diri

Pengislahan ni bermaksud pembaikan. Dari sekarang ke arah yang lebih baik. Bagaimana mereka define baik, kadang-kadang depends on them. Tapi dalam novel ni, ada diskusi mengenai definisi baik iaitu kita beriman kepada Allah sudah dikira baik. Adakah kita baik? Nanti kita tanya diri kita. Kerana seseorang yang solat 5 waktu sehari semalam masih belum baik jika mereka menayangkan aurat mereka. Begitu juga jika pakai tudung labuh atau berpurdah sekalipun, jika solat ditinggalkan, adakah dikira baik? Bagi mereka yang tak faham, mungkin jika melakukan basic things pun, dah dikira baik walaupun perkara lain ditinggalkan.

Dalam Islam, bukan solat sahaja ditekankan, bab muamalat, ikhtilat, makan minum, pekerjaan, pakaian, semua diambil kira. Nampak seperti islam ini susah, tetapi bagi mereka yang belum faham sahaja. Bagi yang faham, Islam tidaklah susah, bahkan indah.

“Wahai orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya itu adalah musuhmu yang nyata.” (surah al-Baqarah:ayat 208)

Pernah juga saya mendengar ayat ini dalam kelas semasa kelas math. Madam pernah tanya bagaimana kita nak amalkan Islam. We always heard about Islam is the way of life, but how can we apply in our life? Hanya satu perkataan yang dapat define hal tersebut. Iaitu ‘submission’ yang bermaksud kepatuhan. Kepatuhan kepada siapa. Sudah tentu kita tahu iaitu kepatuhan kepada Allah S.WT.  But how? sometimes kita rasa kita tahu jawapannya.

Jom berubah
nota dari Hlovate untuk pembacanya

Iman manusia biasa seperti kita ini ada tinggi dan ada rendahnya. Ketika tinggi, kita merasakan ingin melakukan ibadah sebanyak mungkin walaupun ianya nampak seperti janggal. Tetapi ketika rendah, kita tidak pula memikirkan tentang dosa atau yang seangkatan dengannya. Mari kita sama-sama berubah. Walaupun hakikatnya berubah itu dirasakan payah. Memang untuk menjadi baik itu sukar dan kadang-kadang kita rasa seperti impossible untuk berubah setelah mengenangkan diri kita yang dulu.

Berubah itu ada beberapa part yang kita perlu islahkan;fizikal dan rohani. Perubahan fizikal mungkin kelihatan mudah untuk diaplikasikan. Tetapi, part rohani atau dalaman amat sukar untuk kita ubah dan hapuskan. Ramai yang menganggap membuang tatu di kulit adalah paling sakit, tetapi hakikatnya membuang sisa-sisa dosa dalam hati adalah lagi sakit untuk dikikis. Hatta clorox sekali pun takkan mampu mengikisnya.

Perubahan memerlukan masa dan suasana

Oleh kerana itu, perubahan untuk jadi baik memerlukan masa dan sedikit demi sedikit dalam hidup kita. Seseorang memerlukan masa untuk memutarkan haluannya kerana masa itu diperlukan untuk memahami apa yang kita perlu faham. Dan kadang-kadang, perubahan ke arah positif ini memerlukan banyak ketabahan dan kesabaran yang tinggi kerana ujian yang akan bakal kita hadapi kemungkinan membuatkan kita mudah mengalah.

Kerana itulah perubahan secara drastik mungkin hanya akan menjadikan seseorang mudah mengalah dan cepat putus asa dan kembali semula ke zaman kejahilan mereka kerana mereka berubah hanya secara fizikal tetapi rohani dan mental belum bersedia untuk berubah. Perubahan rohani inilah yang memerlukan masa untuk kuat.

Begitu juga environment. Untuk turn diri kita 360° positif, kita perlukan satu environment yang baru supaya kita tidak lagi hanyut dan mengimbau memori yang jauh dari Allah. The new environment akan membantu kita untuk tidak menjadi lemah. Dengan inilah InsyaAllah kita akan menjadi kuat untuk begin our new life as a good muslim.

Carilah ketenangan dan lupakan kepahitan

Mungkin pada awal perubahan kita akan banyak hadapi masalah, tapi itu semua lah yang menguatkan kita dan ujian adalah guru terbaik kita.  Tapi percayalah kita akan rasa tenang jika berjaya berjalan in the right path. We must remember that Allah said in Holy Quran ; "it may be that you dislike a thing while it is good for you, and it maybe that you love a thing while it is evil for you and Allah knows while you do not knows." (2:216)
“hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang” (surah ar-Raad; ayat 28)

pembacaan boleh membantu.
People always say they want a new life or they want to start over. Well the truth is you get that chance everyday but they choose not to change it. So, take advantage of today because tomorrow is not a promised. Remember: “you are  the writer of your own story, if you want the ending of your story is happy ending, the option is in your own hand. Maybe you had something not good, doesnt mean something better can’t begin.

So last but not least, kita tanya diri kita tentang persoalan yang saya kemukakan pada awal-awal, adakah kita cukup baik? For me, saya masih lagi belum baik tapi kita sama-sama akan berusaha untuk jadi baik. Dan jangan merasakan diri kita baik tapi teruskan berbuat baik. 
Reactions: