Assalamualaikum.. 
Khaifa halukum,,? Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk terus berada di atas bumi ini sebelum kita ditanam ke dalam tanah milik Allah ini. Dengan peluang ini kita masih boleh mengejar cita-cita, impian atau mungkin kita masih boleh mengejar cinta kita.
Kadang-kadang manusia akan berfikir tentang masa depan mereka untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah ini. Namun, adakah kita pernah berfikir tentang perjalanan hidup yang akan kita tempuh selepas tamatnya masa persinggahan kita di sini? Apakah persediaan kita wahai sahabat?
Ramai yang mengungkapkan kata-kata bahawa mereka bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan ini. Ungkapan Alhamdulillah sudah sebati dalam diri apabila manusia berasa bersyukur. Tapi, adakah cukup sekadar kita melafazkan Alhamdulillah itu sahaja sebagai tanda rasa syukur kita?
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni’mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

Kali ini, saya rasa teringin untuk membicarakan tentang inspirasi.  Selalunya kita terdorong untuk melakukan sesuatu kerana termotivasi melalui seseorang atau sesuatu benda. Contohnya dalam pelajaran, kita terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh kerana memikirkan tentang ibu bapa, keluarga, rakan-rakan, buah hati dan sesiapa yang kita rasa memberi semangat untuk meneruskan perjuangan kita.
Kita akan memilih untuk mencontohi dan meningkatkan azam untuk terus melakukan apa yang kita rasa baik. Namun kadang-kadang masih ramai yang meletakkan sesuatu yang tidak sepatutnya sebagai inspirasi. Ramai yang mengagumi saintis-saintis barat kerana secara sejarahnya, mereka mengasaskan beberapa kajian dan penemuan ilmu. Tidak salah untuk kita menjadikan itu sebagai motivasi, namun tidakkah kita sedar bahawa semua ilmu-ilmu itu datangnya dari Yang Maha Agung.
Apa yang saya ingin ketengahkan ialah mengapa kita tidak menjadikan al-Quran sebagai satu sumber inspirasi dalam hidup kita. Itulah satu-satunya mukjizat yang masih lagi kita dapat lihat pada hari ini. Persoalannya, adakah kita menggunakannya dalam hidup kita? Persoalan itu boleh ditanyakan kepada iman kita sedangkan itulah panduan dan pedoman hidup kita. Subhanallah, Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian, diberikan akal untuk berfikir, dan diturunkan pula satu buku manual sebagai panduan untuk menjalani hidup ini. Tetapi, kita tidak pernah memikirkannya.

“Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau akan melihat gunung itu khusyuk serta terpecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.” (Surah al-Hasyr: 21)

Nah,, Allah sendiri yang menyuruh kita untuk berfikir menurut apa yang ada dalam al-Quran ini. Mengapa  kita tidak memikirkannya sedangkan al-Quran itu lebih mendahului dari para saintis, mengapa tidak dijadikan al-Quran inspirasi kita.
Tokoh-tokoh Islam pula kita jadikan sebagai pembangkit motivasi dalam diri. Terdapat ramai yang boleh membangkitkan semangat motivasi dalam Islam. Tidak kira tokoh dalam ilmu pengetahuan, dalam sejarah ketamadunan, dalam bidang dakwah, dan juga sebagai pahlawan yang telah mengorbankan hidupnya untuk menegakkan syiar Islam.
Saya sendiri tertarik dengan sumbangan-sumbangan para ilmuan Islam dahulu, kerana mereka bukan sahaja menjadi ilmuan sains, malahan mereka turut menjadi ulama yang menyebarkan dakwah dan meletakkan Allah dan Rasul itu lebih utama . Tanpa dinafikan, hari ini, dunia mempunyai ramai golongan cendekiawan yang beragama Islam , namun, berapa ramai yang betul- betul mengamalkan ajaran Islam  dalam seluruh harinya. Ayuhlah wahai pemuda sama-sama kita berjihad dijalan yang sebenar.
Reactions: