Assalamua’laikum. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabat baginda.


Hari ini, negara digemparkan dengan satu insiden yang telah menyebabkan keselamatan dan keharmonian negara sedikit terancam. Bermula pada 1 Mac 2013, kronologi kes pencerobohan di Lahad Datu ini bukanlah satu insiden kecil apabila dua anggota keselamatan negar terkorban dalam insiden ini pada 1 Mac lalu. Hal ini telah menyebabkan kes ini semakin mendapat liputan luas. Namun, kes ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Bahkan lebih parah apabila 4 lagi anggota Polis terkorban dalam kes ini.


Menurut apa yang telah saya baca kronologi yang berlaku dalam konflik antara Kesultanan Sulu dan Sabah ini bermula lebih awal.


Berikut kronologi yang dapat diambil berdasarkan kes ini sejak 1 Feb lalu:



9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.


11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.


12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.


14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.


1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.


Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.


16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.


Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.


18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.


24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.


26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.


28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.


1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.



Setakat hari ini, kes ini masih belum selesai dan lebih ramai anggota keselamatan dikerah ke tempat-tempat yang terbabit. Menurut apa yang saya baca dalam akhbar Berita Harian hari ini, (5 Mac) 7 batalion tentera telah dihantar untuk membantu menangani kes ini.


Namun apa yang menduka citakan saya sebagai rakyat Malaysia dan seorang remaja, ada pihak yang sanggup menggunakan insiden ini sebagai kempen berpolitik. Mereka saling menuduh antara satu sama lain sementara rakyat di Sabah dalam keadaan cemas dan takut. Adakah ini merupakan satu petanda kejatuhan keharmonian di Malaysia? Saya berdoa agar ianya tidak berlaku di negara ini. Namun tidak bolehkah pemimpin-pemimpin yang ada dalam negara ini bersepakat untuk bersama menjaga keselamatan dan keharmonian negara, bukan dengan menunding jari disaat orang lain sedang terseksa.


Ada juga rakyat yang memberi komen secara tidak matang dengan menyalahkan Angkatan Tentera Malaysia kerana tidak bertindak secara awal dengan menyerahkan tugas ini kepada polis. Kita perlu bercakap dengan fakta bukan dengan melontarkan idea logik kita semata-mata.


Malaysia menangani masalah mengikut akta Konvensyen Geneva 1949. Bukan suka-suka untuk tidak melibatkan tentera dalam hal ini. Jadi kita kena faham akan situasi ini, bukan dengan menyalahkan tindakan tentera yang tidak dihantar ke sana sebelum ini.


Bagi mereka yang belum tahu, saya telah menyatakan di atas, bahawa 7 Batalion Angkatan Tentera Malaysia telah dikerah dan barisan kedua dalam keadaan siap siaga untuk mempertahankan Negara.


Jadi, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita mendoakan keselamatan rakyat kita dan juga anggota yang teribat berada dalam lindungan Allah dan selamat dari segala malapetaka.


Reactions: