Banyaknya alasan bagi mereka..

“akhi mari jom kita ke masjid, malam ni ada kuliah lepas maghrib”
“pergilah dulu, ana ada test pagi esok. Ana perlu study.”

Begitulah situasi yang sering terjadi kepada mereka yang diajak untuk melakukan kebaikan. Namun secara hakikatnya, sejauh manakah kepentingan alasan mereka jika dibandingkan dengan risalah Allah yang ingin disampaikan kepada mereka. Bagaimana lagi cara untuk kita ditarbiah sekiranya kita sendiri beralasan untuk melakukannya.

Dalam al-Quran Allah berfirman:

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”
(QS surah ar-Ra’ad: 11)

Dalam ayat diatas, Allah menyatakan bahawa Dia tidaka mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri mengubahnya.

Ramai hari ini mengaku bahawa mereka dalam keadaan jahil, namun, malangnya, mereka tidak sekali ingin berganjak untuk ke arah lebih baik. Mereka kekal dalam keadaan jahil itu, hanya kerana sikap mereka itu.

INGIN BERUBAH TAPI BELUM MENDAPAT HIDAYAH

“ Saya ingin sekali berubah, tapi masanya masih belum tiba bagi saya”

Ramai juga yang beralasan seperti ini. Saya sekali lagi merenung alasan-alasan seperti ini, jika bukan sekarang bila lagi masanya untuk kita berubah. Adakah kita benar-benar yakin kita diberi masa oleh Allah untuk berubah? Bagaimana jika masa kita tamat sebelum sempat untuk berubah menjadi baik?

Terlalu banyak alasan yang diberikan mereka. Tapi jika diajak utuk perkara melalaikan, jarang pula mereka memberikan alasan-alasan seperti itu. Tidak dinafikan bahawa iman manusia ini kadang-kadang rendah. Kita bukanlah spesies nabi mahupun malaikat. Namun Allah berfirman kepada kita supaya berjihad walaupun kita berat untuk melaksanakannya.

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ 
كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”
(QS surah at-Taubah:41)

Sekali saya mengajukan soalan kepada pembaca yang mempunyai pelbagai alasan untuk diluahkan. Sejauh mana kepentingan alasan kita jika dibandingkan dengan seruan Allah? Dimana priority Islam dalam diri kita. Ramai saja yang mengaku bahawa mereka meletakkan Islam itu yang pertama dalam hidup mereka. Namun, hanyalah sekadar ucapan di bibir. Islam is the way of life. Satu frasa yang selalu didengar, namun jarang untuk diamalkan.

Kesimpulannya sahabat, marilah kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Tidak perlu untuk kita masa yang sesuai bagi diri kita kerana belum tentu masa yang ditunggu itu tiba. Tidak peru menunggu kita menjadi baik barulah sudi untuk melakukan kerja Islam. Tidak perlu menunggu usia tua sebelum bertaubat. Marilah berubah. Tinggalkan karat-karat jahilliah dala diri kita. Bukan menunggu ianya tertanggal sendiri. Kita yang perlu menanggalkannya.

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS surah al-Baqarah: 216)

“If you really want to do something, you'll find a way. If you don't, you'll find an excuse”




*nota untuk mereka yang memerlukan hidayah untuk melabuhkan tudung. Ayat Allah telah turun sekian lamanya. Bukan dengan menunggu seruan atau masa yang sesuai lagi, tapi ayuhlah berubah.
Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ 
ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menlabuhkan jilbabnya [1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS surah al-Ahzab: 59)

[1232]. Jilbab ialah sejenis kain yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

Reactions: