الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ.  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْن  …أَمَّا بَعْد



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan salam serta selawat ke atas junjungan mulia Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat. Untuk kali ini, saya hanya ingin berkongsi apa yang saya rasa dalam hati. Banyak cerita yang timbul tentang guru dan pelajar akhir-akhir ini. Seolah-olah sistem pendidikan kita hari ini telah dicemari. Ada yang saya rasakan betapa teruknya guru, dan juga rasa terkilan meihat sikap segeintir pelajar yang menjadikan guru mangsa manja mereka.

Kita banyak digemparkan tentang kes-kes yang mana guru menganiaya pelajarnya dengan denda yang tidak sepatutnya. Ada pula kes yang mengisahkan tentang pelajar yang menjadikan guru mereka mangsa gangterism. Apa sudah jadi pada dunia ini? Siapa yang salah? Bagi saya dunia hari ini telah dilanda satu musibah yang besar. Dah nak terbalik agaknya. tiada lagi sifat manusia dalam diri manusia. Mengapa ini semua berlaku?

Semalam saya teringat akan guru-guru saya selepas melihat semula satu video lama pada hari guru ketika dibangku persekolahan dulu. Terasa sebak mengingatkan jasa dan bakti mereka untuk anak bangsa sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Sehingga saya pandai mengeja, menulis, mengira hinggalah saya sampai ke tahap ini. Merekalah ibubapa kedua saya. Bagi saya ucapan terima kasih itu belum cukup untuk cukup menggambarkan penghargaan kita. Bahkan tidak pernah cukup. Kerana mereka lah dunia hari ini mempunyai doktor, engineer, pemimpin, dan pelbagai lagi profesion tinggi yang dijawat.

Namun, setelah melihat ramai pelajar hari ini terlalu manja sehinggakan guru dipersalahkan dalam sesetengah kes. Saya membaca satu keratan akhbar yang melaporkan tentang seorang bapa membuat laporan polis selepas anaknya dirotan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Mungkin jika anaknya itu dirotan sehingga cedera atau patah tangan, itu wajar dilaporkan kepada polis. Ataupun denda yang tidak berpatutan yang terjadi sebelum ini yang agak keterlaluan. Itu wajar dilaporkan kerana guru telah menyalahi apa yang sepatutnya bagi seorang manusia. 

Tapi tidak pada kes-kes sebegini. Seorang anak yang tidak menyiapkan kerja sekolah, lalu dirotan oleh gurunya, dan pelajar itu mendakwa dia trauma untuk kesekolah. Saya tertanya dalam hati, seorang guru ingin mendidik seorang pelajar untuk berjaya, namun dia dipersalahkan. Jadi adakah guru-guru ini hanya perlu melihat sahaja sikap anak bangsanya yang menjadi pemalas? Tambahan lagi dimanjakan oleh si ayah? Rasanya si ayahlah yang patut bertanyakan anaknya tentang perihal kerja sekolah dirumah. Adakah sudah siap atau tidak. 

Saya melihat ramai ibubapa hari ini tidak mengambil peduli tentang kerja sekolah anak-anak mereka. Apabila anak mereka dimarahi kerana tidak siap, guru pula yang dimarahi, bukan anak-anak mereka. Inilah yang terjadi pada hari ini. Dunia sudah berubah. Jika dulu, ibubapa berterima kasih kepada guru bahkan merekalah yang sepatutnya memastikan anak mereka menyiapkan kerja sekolah supaya tidak dimarahi.

Kini profesion guru tidak lagi dihormati. Seolah-olah guru ini sebagai kuli untuk mendidik anak muda hari ini. jika tidak berjaya mereka yang akan disalahkan. Namun, disebalik itu, kita tidak pernah sedar bahawa merekalah yang menjadi tulang belakang kepada negara yang mengeluarkan ilmuan-ilmuan ulung. Tanpa guru, kita jahil tanpa apa-apa. Hari ini, penderhaka guru semakin ramai. Tiada lagi adab dalam menuntut ilmu. Jadi bagaimana keberkatan ilmu itu akan lekat dalam hati kita?

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada guru-guru untuk membimbing anak bangsa kita. Sayu apabila mengenang guru-guru yang telah mengajar saya selama ini. Walaupun saya ada melakukan dosa terhadap mereka ketika belajar dulu. Terlalu banyak jasa mereka kepada anak bangsa. Merekalah pendidik, merekah penasihat, yang sentiasa menjaga kebajikan kita, membantu kita, menjadikan kita manusia yang menguunakan akal sebaiknya. Rasa rindu untuk melihat cikgu-cikgu disekolah. InsyaAllah jika ada peluang, saya pasti menjenguk mereka yang telah banyak berjasa kepada saya. 

Ya Allah, Engkau rahmatilah guru-guruku. Kau berikanlah mereka kekuatan untuk mendidik anak bangsa kami supaya menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara. Kau tempatkanlah mereka dalam kalangan orang yang beriman... 

Untuk adik-adik, sahabat, janganlah jadi penderhaka. jadilah orang yang mengenang budi. Buanglah ego kita demi keberkatan ilmu. 

Kita hayatilah lagu ini. Lagu yang pernah membuatkan saya mengalirkan air mata disaat akhir persekolahan..

SUMBANGSIH- SHOUTUL JIHAD (lagu sumbangsih)

Terima kasih cikgu yang pernak mengajar saya dulu, untuk semua guru di:
Tabika kemas Kg Rhu Batil (2000),
Sk Kampung Baru Kuala Abang (2001-2003),
Sk Kompleks Rantau Abang (2004-2006),
SM Sains Dungun (2007-2011)


*untuk komen/pendapat, sila ke bahagian atas. :) sebarang pendapat dialu-alukan sebagai perkongsian pendapat. may Allah bless..
Reactions: