Banyak perkara yang tidak diduga berlaku akhir-akhir ini. Perkara yang paling terkesan pada seluruh dunia adalah mengenai kehilangan MH370 yang masih lagi dalam keadaan misteri. Namun, disebalik kejadian ini, banyak perkara lain yang menjadi pengajaran bagi kita semua. Dari sini kita dapat melihat bahawa ada yang mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang positif, dan tidak kurang juga yang menjadikannya satu bahan untuk berjenaka dan bahan untuk mencari salah pihak-pihak tertentu.

Kapten Noruddin bersama
 jemaah tabligh
Saya juga teruja dalam mendengar ulasan-ulasan dari pakar yang berkaitan dalam membantu menguraikan kesimpulan tentang kes kehilangan ini. Pakar yang saya maksudkan adalah betul-betul pakar dan bukan pakar di laman sosial. Maka banyak teori-teori fizik yang dikeluarkan sebagai kemungkinan berlaku dalam kes ini. Namun, saya tertarik dengan satu temuramah yang diTV3 yang menjemput Kapten Noruddin Abdul Majid. Seorang bekas pilot yang bukan calang-calang pilot, tapi masih lagi mampu menbicarakan hakikat tauhid.


Apa yang dikatakannya telah membuka mata dan hati kita bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah kehendak Allah dan tidak boleh dinafikan sekalipun. Walaupun ada kemungkinan ada usur rampasan, atau konspirasi yang dihebahkan, namun, jika bukan dengan kehendak Allah, maka itu semua tidak mungkin berlaku. Beginilah ciri muslim yang kita mahukan.

Seharusnya ini lah yang patut ada bagi seorang profesional dalam apa jua bidang sama ada arkitek, jurutera, doktor, juruterbang, bahkan menteri-menteri juga perlu kepada sifat yang sedemikian. Kita mungkin lupa bahawa segala jua kerja dan profesion itu sepatutnya mendekatkan lagi kita kepada Pencipta kerana apa jua yang ada di alam ini adalah miik Allah SWT. Kita juga harus ingat bahawa Dia boleh mengambilnya bila-bila masa sahaja. Begitulah yang berlaku dalam kes kehilangan pesawat ini yang masih lagi misteri sehingga aset-aset tercanggih yang ada juga digunakan. setelah dua minggu ianya hilang tanpa berita, yang ada hanyalah teori dari pakar dan siasatan yang dijalankan. Namun, perkara sebenar masih lagi belum diketahui, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. 

Bangkitlah generasi muda

Keputusan SPM sudah pun dikeluarkan. Makin ramai yang mencipta kecemerlangan dari sudut statistik straight A. Alhamdulillah satu pencapaian yang baik untuk generasi muda. Selepas ini, mereka akan memulakan kisah perjalanan mereka dalam menentukan masa depan mereka. 

Bagi adik-adik dan sahabat semuanya, perjalanan anda untuk menentukan masa depan anda akan bermula selepas ini di universiti, kolej ataupun matikulasi. Apa yang saya boleh katakan cabarannya cukup hebat. Bukan niat saya untuk menakutkan tapi, sekadar ingatan supaya masa remaja adalah masa yang agak kritikal dalam menjamin masa depan anda dan negara. Dunia perlukan anda seperti Kapten Noruddin. Manusia hebat yang tidak lupakan Tuhan. Saya berharap supaya kita semua meletakkan cita-cita dan berusaha untuk menjadi seorang yang hebat tanpa lupa kepada Pencipta.

"jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah anak muda negara itu pada hari ini"

Sia-sia jika kita berjaya dalam semua peperiksaan dengan semua A, tapi gagal daam hidup sebagai seorang muslim. Kekesalan akan kedengaran dari seluruh pihak jika anda jadi begitu. Amat sedih jika kesudahan hidup dalam keadaan yang amat hina. Namun, realitinya, itulah yang berlaku pada anak bangsa melayu dan agama Islam. Mati kerana dadah ketika konsert. Apakah itu menbanggakan keluarga dan negara? jadi, pilihan itu ditangan kita semua..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dalam mencari redha-Nya.. semoga Allah memudahkan juga urusan pencarian MH370 dan doakan semua yang terlibat dalam keadaan selamat..
Reactions: