Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Satu nama yang cukup besar dalam negara kita. Seorang Ulama yang dikagumi ramai. Jasa dan pengorbanan beliau dalam pembangunan Islam amat besar. Nama beliau juga cukup gah dalam arena politik tanah air yang telah memimpin Kelantan dengan pembangunan Islam selama 23 tahun. Beliau dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. 

Tanggal 12 Febuari pastinya menjadi satu detik yang sedih dan hiba apabila beliau dipanggil untuk menghadap Sang Pencipta. Setelah lama beliau berjuang untuk membangunkan umat, kini beliau telah berehat untuk selama-lamanya. Detik 9.40 pm, malam Jumaat yang mulia ini, beliau tinggalkan dunia ini.

Beliau seorang yang istimewa. Pemergiannya ditangisi seluruh dunia. Semoga Allah merahmati dan mencucuri roh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Al-Fatihah untuk Murabbi Umat....








Sedikit butiran mengenai Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama:  Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir:  10 Jan 1931
Tempat lahir:  Kampung Pulau Melaka,Kelantan.


Jawatan: 
  • bekas Menteri Besar Kelantan (1990-2013)
  • bekas Mursyidul am-PAS

Pengajian :


  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
  • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
  • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
  • Universiti Deoband, India – 1952
  • Universiti Lahore, Pakistan - 1957
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam




Reactions: